Gum Arabic Al-Manna Di Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin Kubang Kerian

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Bihun Celup Dan Nasi Kukus Hidangan Utama Pilihan Penduduk Taman Muttaqin


Bermula dengan sebuah perniagaan kecil untuk sebuah kedai makan bihun celup yang begitu terperosok ke dalam kampung di Taman Muttaqin, Kubang Kerian. Kini kedai tersebut sudah menjadi 'besar' berbanding dahulu dan menjadi pilihan penduduk tempatan. Tidak keterlaluan untuk kami @gumarabicfood mengatakan bahawa kehadiran pelanggan di kedai ini juga boleh menandingi populariti kedai makan di luar kampung atau di tepi jalan utama.

Kedai Makan Penduduk Tempatan


Rakyat Kelantan masih mengekalkan majoriti masyarakat kurang mampu dari sudut ekonomi dan prasarana. Namun kuasa membeli rakyat negeri ini tidak boleh dipandang rendah memandangkan setiap hari ada saja orang ramai yang datang ke kedai makan, restoran, pasar raya dan mampu membeli-belah di masa saja. Sebagai contoh Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin yang terus dikunjungi pelanggan setiap hari.

Apabila kuasa membeli masih kekal pada sebahagian rakyat, maka kedai-kedai seperti penjaja tepi jalan, warung kecil, kedai makan dan premis perniagaan lain juga mampu meneruskan aktiviti jualan masing-masing. Hal ini memberi kelebihan kepada peniaga kecil yang tidak mempunyai keupayaan untuk bertapak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Justeru Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk tempatan dan pelanggan yang datang dari luar.

Menu Makanan Di Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin Kubang Kerian


Hidangan makanan dan minuman di kedai yang mendapat jolokan 'Kedai Orang Muda' ini antaranya ialah bihun celup, mee sup, nasi kukus dan nasi goreng. Hidangan minuman pula ialah air buah-buahan (blender) seperti coklat, strawberi dan timun susu serta hidangan minuman biasa.

Nasi kukus ialah menu baharu yang dilancarkan peniaga Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin dengan mengambil kira iklan yang dipaparkan pada bahagian luar kedai. Sudah tentu juadah ini juga mendapat perhatian yang baik di kalangan penduduk tempatan dan pelanggan yang merasai suasana perkampungan ini.

Kawasan sekitar dan berhampiran Taman Muttaqin ini terdapat banyak kedai makan yang menjual makanan seperti nasi kukus, nasi lemak dan bihun celup. Walaupun nama hidangan yang disediakan banyak persamaan, namun rasa dan keenakannya tentu ada perbezaan yang menjadi 'rahsia' untuk memikat pengunjung membuka selera.

Loksi Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin Kubang Kerian

Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin terletak di Kampung Teluk Baru  di kawasan Kubang Kerian. Kawasan ini juga dikenali sebagai Taman Muttaqin kerana terdapat sebuah Masjid yang dikenali dengan Masjid Mukim al-Muttaqin Kubang Kerian.

Jarak antara Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin dengan Masjid Mukim al-Muttaqin tidak begitu jauh. Kawasan penempatan ini mempunyai 4 jalan keluar utama iaitu:
  1.  Menuju jalan keluar ke Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu
  2. Menuju jalan keluar ke Jalan Dato' Lundang
  3. Menuju jalan keluar ke Jalan Guchil Bayam
  4. Menuju jalan keluar ke Lorong Huda
Anda juga boleh menggunakan Google Map melalui koordinat  GPS 6.107428, 102.269718 untuk ke Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin.

Kami di @gumarabicfood (serbuk minuman prebiotik semula jadi) mempelawa anda untuk mencuba hidangan panas di Kedai Bihun Celup Taman Muttaqin di Kubang Kerian. Di samping mencuba minuman blend berperisa buah-buahan di kedai ini, anda juga boleh campurkan dengan serbuk Gum Arabic al-Manna untuk kesihatan dan kecergasan


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan