Gum Arabic Al-Manna Di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Deanna Food Lover Western Food & Seafood Restaurant


Sebuah restoran yang menggunakan tagline 'Food Lover' sudah tentu perlu menyajikan hidangan yang boleh membangkitkan cita rasa pengunjung. Hidangan tersebut antaranya tentulah Tom Yam dan Sup antara juadah yang tidak pernah menghampakan bagi kami @gumarabicfood apabila singgah di Restoran Deanna atau Deanna Western Food & Seafood Restaurant yang terletak berhampiran bulatan jalan di Kampung Cempaka, Kota Bharu.

Restoran Deanna Menyediakan Hidangan Makanan Barat & Makanan Laut


Restoran Deanna menampilkan standard hidangan kegemaran ramai tanpa terikat dengan juadah tertentu yang menjadi sasaran pengunjung tempatan walaupun berada di kawasan yang mungkin tidak begitu 'kebaratan' dari segi cita rasa penduduk sekitar.

Namun kami @gumarabicfood percaya sebahagian pengunjung yang melepaskan penat seketika di Restoran Deanna pasti terdiri di kalangan mereka yang mempunyai selera 'antarabangsa' dalam memilih hidangan food lover berdasarkan menu yang disediakan.

Dari kejauhan Restoran Deanna kelihatan seperti warung makan biasa, apatah lagi berada di kawasan bukan urban dan terdapat banyak kedai makan di sepanjang jalan menuju ke Restoran Deanna. Di sebelah malam pula kawasan ini tidak 'seceria' kawasan lain yang dipilih kebanyakan pengusaha dengan mengambil kira pengaruh sesuatu tempat yang boleh menarik pengunjung.

Namun seperti yang kami @gumarabicfood telah nyatakan, pengunjung ke Restoran Deanna tentunya ada di kalangan mereka yang menggemari hidangan makanan barat selain makanan laut atau seafood yang sudah tentu menjadi hidangan 'wajib' bagi mana-mana pengusaha restoran.

Kami telah mencuba hidangan Nasi Goreng, Mee Sup dan aiskrim beserta buah sebagai pencuci mulut di Restoran Deanna. Membuat pesanan minuman di samping air kosong untuk membancuh serbuk prebiotik Gum Arabic Al-Manna adalah saat dinantikan apabila berkunjung ke mana-mana restoran.

Menu Makanan Di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu


Restoran Deanna 'Food Lover' menyediakan hidangan makanan tempatan, makanan laut dan makanan ala barat. Sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat segmen hidangan yang pasti disukai anak-anak.

Menu makanan di Restoran Deanna menampilkan juadah Nasi, Mee, Sotong, Udang, Ayam, Daging, Ikan, Belut, Sayur, Roti Canai dan Makanan Barat. Hidangan minuman pula seperti minuman biasa, Air Buah dan Aiskrim.

Harga bagi makanan dan minuman di Restoran Deanna masih murah seperti harga di restoran biasa. Apa yang menarik, pengunjung bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan bahkan makanan yang disediakan dalam kuantiti yang mengenyangkan, sangat sedap dan ada kelainannya.

Nasi Goreng Special Deanna Restaurant


Hidangan Nasi Goreng Special Deanna Restaurant boleh menjadi trademark kepada kesungguhan pengusaha Restoran Deanna yang dapat mencipta resepi tersendiri dalam memikat selera rasa pengunjung. Jalan-jalan cari makan tidak rugi kiranya dapat mencuba juadah Nasi Goreng Special Deanna Restaurant.

Berikut menu hidangan Nasi Goreng di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

  • Nasi Goreng Special Deanna Restaurant
  • Nasi Goreng Biasa
  • Nasi Goreng Kampung
  • Nasi Goreng Cina
  • Nasi Goreng U.S.A
  • Nasi Goreng Belacan
  • Nasi Goreng Ikan Masin
  • Nasi Pattaya
  • Nasi Goreng Kerabu
  • Nasi Goreng Tom Yam
  • Nasi Goreng Daging Merah
  • Nasi Goreng Ayam Tiga Rasa
  • Nasi Goreng Paprik
  • Nasi Goreng Padpid
  • Nasi Goreng Ayam Kunyit
  • Nasi Goreng Black Pepper
  • Nasi Goreng Daging Kunyit
  • Nasi Goreng Seafood
  • Nasi Goreng Ayam
  • Nasi Goreng Cili

Berikut hidangan Mee / Bihun / Kuetiau di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu


  • Mee / Bihun / Kuetiau Goreng
  • Mee / Bihun / Kuetiau Mamak
  • Mee / Bihun / Kuetiau Tom Yam
  • Mee / Bihun / Kuetiau Sup
  • Mee / Bihun / Kuetiau Bandung
  • Mee / Bihun / Kuetiau Hong Kong
  • Mee / Bihun / Kuetiau Ladna
  • Mee / Bihun / Kuetiau Kung Fu
  • Mee / Bihun / Kuetiau Hailam
  • Mee / Bihun / Kuetiau Pattaya
  • Mee / Bihun / Kuetiau Kantonis
  • Mee / Bihun / Kuetiau Sup Belut

Berikut hidangan Sayur di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

  • Sayur Campur
  • Sayur Kailan Ikan Masin
  • Sayur Kangkung Belacan
  • Sayur Cendawan Goreng 

Berikut hidangan Maggi di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

  • Maggi Sup
  • Maggi Sup Belut
  • Maggi Goreng
  • Maggi Goreng Belut
  • Maggi Tom Yam
  • Maggi Tom Yam Belut
  • Maggi Kosong

Berikut hidangan Roti Canai di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

  • Roti Kosong
  • Roti Telur
  • Roti Cotek
  • Roti Telur Double
  • Roti Sardin
  • Roti Telur + Bawang
  • Roti Pisang
  • Roti Cheese
  • Roti Bawang
  • Roti Planta 
  • Roti Kaya
  • Roti Tisu
  • Homlet 

Berikut hidangan Makanan Barat di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu 

  • Chicken Chop
  • Lamb Chop
  • French Fries
  • Nugget 

Menu Istimewa di Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

  • Chicken Chop
  • Lamb Chop
  • Sizzling - Yee Mee / Mee / Kuetiau
  • Spaghetti - Marinara / Bolognese / Carbonara
  • Roti Bakar
  • Mango Blend
  • Chocolate Blend 

Lokasi Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu

Restoran Deanna atau Deanna Western Food & Seafood Restaurant terletak di Lot 1723-F Jalan Rambutan Rendang, Kampung Chempaka 16100 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi bermula jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasi Restoran Deanna juga berhampiran dengan bulatan jalan yang menghubungkan laluan ke Jalan Dusun Raja, Jalan Tanjung Mas, Jalan Panji dan Jalan Kampung Jambu.

Anda juga boleh menggunakan Google Map melalui koordinat GPS 6.1382206,102.2723944,17 untuk ke Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu. 

Kami di @gumarabicfood (stokis serbuk prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna) mempelawa anda untuk mencuba hidangan Food Lover yang menampilkan sentuhan pengusaha iaitu Nasi Goreng Special Deanna Restaurant dan menu istimewa lain yang pasti menambat selera rasa anda. Dapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna melalui kami atau wakil kami dan bancuh sedikit ke dalam segelas air kosong untuk anda merasai kesihatan yang lebih baik, Insya-Allah.


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan