Gum Arabic Al-Manna Di Lata Tembakah Besut Terengganu

hutan lipur, lata tembakah, jertih, besut, terengganu, stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Air Terjun Tujuh Tingkat Di Hutan Lipur Lata Tembakah


Merancang percutian dengan aktiviti perkelahan bersama keluarga di tempat menarik sudah tentu menjadi impian bagi rakyat Malaysia. Melancong di dalam negara juga lebih menjimatkan wang dan tenaga lebih-lebih lagi mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk aktiviti santai bersama keluarga. Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut Terengganu mempunyai air terjun tujuh tingkat menjadi tarikan kami di @gumarabicfood dan ia juga mendapat perhatian ramai.

Hutan Lipur Lata Tembakah Menyimpan Khazanah Alam


Panorama indah di Hutan Lipur Lata Tembakah di bawah seliaan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi HLLT Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu ini kaya dengan khazanah alam seperti pokok-pokok hutan yang mempunyai nilai tinggi dan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tersendiri dalam ilmu perubatan serta manfaat kesihatan.

Keindahan hutan semula jadi warisan alam di Lata Tembakah memberikan kesegaran dan ketenangan kepada para pengunjung yang mula menititi jambatan gantung laluan utama menuju ke setiap segmen air terjun di hutan lipur ini.

Menikmati kesejukan air terjun Lata Tembakah dapat melupakan seketika kesibukan kerja yang dialami saban hari. Udara yang nyaman dan menyegarkan dapat memberi ilham untuk merancang agenda akan datang.  Pengunjung juga dapat menyaksikan aktiviti-aktiviti hujung minggu yang tidak sunyi di hutan lipur ini seperti aktiviti yang diadakan oleh badan pengakap, bulan sabit merah dan sebagainya untuk misi perkhemahan atau motivasi.

Air Terjun Tujuh Tingkat Lata Tembakah Mengalir Tanpa Henti


Hutan Lipur Lata Tembakah terkenal dengan air terjun tujuh tingkat yang jernih dan sentiasa mengalir tanpa henti. Pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak kecil boleh memilih untuk aktiviti santai di kolam tingkat satu dan tingkat dua yang lebih luas.

Kedua-dua kolam ini juga lebih sesuai untuk pengunjung yang mempunyai anak kecil kerana kawasannya lebih besar, air yang cetek dan tidak memerlukan perjalanan yang jauh untuk ke kolam-kolam yang lain kerana ianya agak memenatkan.

Air terjun tujuh tingkat yang jernih mengalir tanpa henti menelusuri setiap kolam yang terdapat di Hutan Lipur Lata Tembakah. Pengunjung yang menikmati kedinginan air di kolam tingkat satu dan kolam tingkat dua turut berkongsi kesegaran air bersama keluarga dan anak-anak kecil.

Maklumat perhutanan juga boleh dilihat menerusi laman sesawang Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang turut memuatkan informasi berkaitan Hutan Lipur Lata Tembakah.

Berikut maklumat jarak dan masa pejalan kaki untuk ke setiap kolam air terjun Lata Tembakah.

  1. Air terjun Lata Tembakah tingkat pertama 700 meter / 20 minit
  2. Air terjun Lata Tembakah tingkat kedua 780 meter / 30 minit 
  3. Air terjun Lata Tembakah tingkat ketiga 850 meter / 40 minit
  4. Air terjun Lata Tembakah tingkat keempat 900 meter / 45 minit
  5. Air terjun Lata Tembakah tingkat kelima 1.5 kilometer / 60 minit 
Jarak berjalan kaki untuk ke setiap segmen air terjun Lata Tembakah ini mempunyai tempoh masa tersendiri. Keadaan ini memberi daya tarikan kepada pengunjung untuk menghayati tabiat alam semula jadi yang kaya dengan khazanah warisan anugerah tuhan.

 

Menikmati Gum Arabic Al-Manna Di Hutan Lipur Lata Tembakah

 

Menyantuni setiap detik bersama keluarga dengan bekalan makanan kesihatan serbuk Gum Arabic Al-Manna di setiap persinggahan pastinya meninggalkan kenangan indah bagi kami di @gumarabicfood.
Hanya segelas air kosong sudah cukup untuk membancuh Getah Arab Sudan atau Acacia Gum ini bagi mendapatkan kesegaran dan tenaga pada tubuh badan. Anak-anak yang suka minuman berperisa coklat boleh juga dibancuh bersama Gum Arabic Al-Manna selepas mereka puas bermandi-manda di Hutan Lipur Lata Tembakah.
Gum Arabic Al-Manna adalah prebiotik semula jadi yang banyak manfaatnya untuk kesihatan terutamanya dalam menjaga usus yang lebih sihat. Usus yang sihat dapat membantu serapan mineral lain dengan lebih berkesan.

 

Kemudahan Yang Disediakan Di Hutan Lipur Lata Tembakah

 

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung seperti berikut.
  • Chalet
  • Tapak perkhemahan
  • Jambatan gantung
  • Pondok informasi
  • Lorong pejalan kaki
  • Parkir kenderaan luas
  • Penanda arah
  • Tempat rehat
Hutan Lipur Lata Tembakah beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk dikenakan hanya RM2.00 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak. Pengunjung boleh datang ke Hutan Lipur Lata Tembakah dengan menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.

Lokasi Hutan Lipur Lata Tembakah


Lokasi Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat berhampiran Kampung Jabi, Jertih. Jarak dari Bandar Jertih untuk ke Hutan Lipur Lata Tembakah kira-kira 24 kilometer dan 130 kilometer dari Kuala Terengganu.

Kedudukan Hutan Lipur Lata Tembakah berdekatan sempadan Terengganu - Kelantan menjadikan hutan kolam air terjun tujuh tingkat ini mudah dikunjungi pelawat dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Pengunjung yang datang dari arah Kuala Terengganu akan melalui Kampung Oh atau Pasir Akar menuju ke Hulu Besut, Keruak dan Kampung Bukit Payong. Pengunjung yang datang dari arah Kota Bharu boleh melalui susur masuk ke Hulu Besut atau Kampung Keruak berdekatan jambatan Jertih.
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu

Tel: 09-6274155
Faks: 09-6236552 


Kami di @gumarabicfood (stokis serbuk prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna) mencadangkan kepada anda untuk bercuti dan berkunjung ke Hutan Lipur Lata Tembakah. Pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik yang boleh diadakan di sini dengan harga penginapan berpatutan. Dapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna melalui kami atau wakil kami dan bancuh sedikit ke dalam segelas air kosong atau minuman berperisa lain untuk anda merasai kesihatan yang lebih baik, Insya-Allah.

"Cuti-Cuti Malaysia Ke Lata Tembakah"


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan