Gum Arabic Al-Manna Di Medan Selera MYDIN Mall Kubang Kerian

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia, mydin, kubang kerian,

Aneka Kuih Di Medan Selera MYDIN Mall


Pasar Raya Besar MYDIN Mall antara pasar raya perniagaan runcit dan borong  terbesar di Malaysia. MYDIN Mall Kubang Kerian contohnya, mula beroperasi pada 4 Mac 2010 dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat parkir, dewan makan dan gerai jualan (Kiosk). Dewan makan Medan Selera atau Mesra Food Court yang berada di bersebelahan Pasar Raya Besar MYDIN Mall ini sering dipenuhi pengunjung termasuk kami di @gumarabicfood untuk menikmati juadah makanan di sini.

Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!


Pasar Raya Besar MYDIN Mall memikat 'selera' pembeli dengan tagline "Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!". Pengunjung pasti ingin mendapat harga yang lebih murah untuk mendapatkan barangan keperluan harian, peralatan sekolah anak-anak dan sebagainya dapat diperolehi di MYDIN Mall termasuk di cawangan Kubang Kerian.

Harga barangan di Pasar Raya Besar MYDIN Mall Kubang Kerian masih menepati sasaran harga mampu beli pengguna. Membeli barangan keperluan dalam jumlah yang banyak lebih menjimatkan jika pembelian dibuat di MYDIN Mall.

Gum Arabic Al-Manna Di Kedai Aneka Kuih Medan Selera MYDIN Mall Kubang Kerian


Medan Selera MYDIN Mall atau Mesra Food Court yang menempatkan ruang perniagaan makanan seperti Nasi Padang Kota, Sizzling, Aneka Sup, Nasi Ayam dan Aneka Kuih menjadi tarikan pengunjung untuk mengisi perut sambil berhenti rehat. Ruang Aneka Kuih Medan Selera menjadi tempat pilihan untuk Gum Arabic Al-Manna menemui pengunjung di MYDIN Mall Kubang Kerian.

Ruang Aneka Kuih di Mesra Food Court menyediakan pelbagai juadah kuih dan kek untuk pilihan pengunjung di MYDIN Mall Kubang Kerian. Kedai kecil Aneka Kuih menjual juadah pilhan sepert berikut.
  • Kek
  • Kuih
  • Donat
  • Puding
  • Nasi Bungkus
  • Biskut
  • Sandwich

Gum Arabic Al-Manna boleh didapati di kedai Aneka Kuih Medan Selera atau Mesra Food Court MYDIN Mall Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Kedai Aneka Kuih berada di pintu masuk kedua di dalam MYDIN Mall yang menghubungkan pasar raya dan Medan Selera termasuk mesin ATM, tempat wudhuk dan bilik air.
Juadah kek antara makanan yang paling mendapat perhatian pengunjung samada sebelum masuk atau selepas masuk ke aras pasar raya MYDIN Mall melalui pintu kedua. Kek yang terdapat di kedai Aneka Kuih mempunyai banyak pilihan dengan harga berpatutan.
Gum Arabic Al-Manna kini boleh didapati di MYDIN Mall Kubang Kerian melalui wakil penjual di aras dewan makan Aneka Kuih Medan Selera. Pengunjung yang selalu ke MYDIN Mall Kubang Kerian atau yang berkerja dan berada di berhampiran boleh mendapatkan Gum Arabic Al-Manna di sini.

 

Lokasi MYDIN Mall Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan

 

Kumpulan MYDIN mempunyai sejumlah cawangan pasar raya di seluruh Malaysia. Cawangan MYDIN Mall di Kubang Kerian, Kota Bharu berada di Bandar Baru Kubang Kerian yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti berikut.
  • Pasar Raya
  • Gedung Pakaian
  • Kedai Alat Tulis
  • Pusat TM Point
  • Pejabat Bank
  • Kedai Serbaneka
  • Kedai Peralatan
  • Kedai Gambar
  • Kopitiam
  • KFC
  • Pejabat Pos
  • Kedai Elektronik
  • Kedai Makan
  • Wakaf Polis
  • Pam Minyak Petronas
MYDIN Mall Kubang Kerian juga berdekatan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.  Bandar Baru Kubang Kerian menjadi penting kepada penduduk yang berada di persekitarannya memandangkan ia menjadi tempat pilihan yang menyediakan segala bentuk keperluan dan kemudahan.

Lokasi MYDIN Mall Kubang Kerian terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab 11 dan boleh dicapai melalui koordinat GPS 6.0981217,102.2765529,19. Pengunjung dari Terengganu yang menggunakan jalan utama akan tiba di MYDIN Mall Kubang Kerian terlebih dahulu sebelum ke bandar Kota Bharu atau Bachok.

Jika pengunjung ingin mendapatkan Gum Arabic Al-Manna di pasar raya sambil membeli-belah, maka pilihan terbaik adalah membeli-belah di MYDIN Mall Kubang Kerian. Pengunjung dapat menikmati tawaran harga dengan lebih rendah di samping dapat membeli Gum Arabic Al-Manna di Aneka Kuih Medan Selera.

Pengunjung yang ingin membuat tempahan kuih-muih, biskut dan kek di kedai Aneka Kuih Medan Selera MYDIN Mall boleh hubungi puan Rohana di 019-910 8081.

Kami di @gumarabicfood (stokis serbuk prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna) mencadangkan kepada anda untuk berkunjung ke pusat beli-belah MYDIN Mall Kubang Kerian. Pelbagai barangan dan kemudahan yang boleh didapati di MYDIN Mall dan Bandar Baru Kubang Kerian dengan harga yang menarik. Dapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna melalui kami atau wakil jualan di Medan Selera kedai Aneka Kuih. Berhenti rehat seketika di Mesra Food Court sambil bancuh sedikit Gum Arabic Al-Manna ke dalam segelas air kosong atau minuman berperisa lain untuk anda merasai kesihatan yang lebih baik, Insya-Allah.

"Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!"


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

stokis gum arabic, almanna, almanna ameer, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan