Gum Arabic Al-Manna Di Manor Beach Resort Besut Terengganu

manor beach resort, bukit keluang, tanjung demong, besut, terengganu, stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Sentuhan Syurga Tropika Di Manor Beach Resort


Cuti sekolah akhirnya tiba menamatkan detik penantian untuk aktiviti di penghujung 2016. Merancang percutian keluarga ke destinasi pantai peranginan yang tidak terlalu jauh, namun memberi kepuasan dan kenangan indah tentu sangat diharapkan rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Terengganu dan Kelantan. Percutian keluarga besar @gumarabicfood ke tempat yang dikenali sebagai 'Sentuhan Syurga Tropika' di Manor Beach Resort, Besut Terengganu telah berjaya diadakan dengan membentuk sebuah aktiviti meriah seisi keluarga 'Family Fun Day'.

 

Manor Beach Resort Kombinasi Nama Pasangan Kekasih


Sepasang kekasih yang sedang bercinta tentu mempunyai impian untuk meneruskan kesinambungan sebuah perhubungan yang tidak terhenti setakat mendirikan rumah tangga, bahkan lebih dari itu menaruh harapan dan cita-cita untuk meninggalkan sebuah moment yang indah buat generasi akan datang. Impian itu telah 'diikat' pada sebuah nama sepasang kekasih yang digabungkan dan kini menjadi sebutan tidak lain dan tidak bukan Manor Beach Resort.

Impian sepasang kekasih ini untuk membina sebuah tempat peranginan tepi pantai dan penginapan percutian akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2013. Meninggalkan warisan untuk dinikmati generasi masa depan adalah harapan murni dengan mengambil kira manfaat dan faedah yang diperolehi hasil dari semangat cintakan alam semula jadi.

 

Manor Beach Resort Gabungan Seni Bina Terengganu Dan Melaka


Halaman dan ukiran binaan di Manor Beach Resort kaya dengan sentuhan seni bina yang dapat dilihat di Terengganu dan Melaka. Keunikan ini begitu terserlah sebaik saja pengunjung tiba di kawasan perkampungan menuju ke Manor Beach Resort. Keadaan perkampungan yang tidak 'terusik' dari sebarang pembangunan seolah tidak menandakan wujudnya sebuah tempat peranginan di situ.

Pengunjung akan mula membuka mata apabila melangkah masuk ke pintu utama Manor Beach Resort. Seni bina bangunan dan ukiran di setiap halaman mengangkat nilai keindahan gubahan rakyat Malaysia. Kreativiti unggul terserlah dari keunikan dua negeri berjauhan disatukan dalam 'negeri' Manor Beach Resort.

Timbul andaian mungkinkah pasangan yang mendirikan Manor Beach Resort ini adalah pasangan dari dua negeri berbeza iaitu Terengganu dan Melaka? Apa pun seni bina yang diterjemahkan di dalam Manor Beach Resort ini membuktikan kecintaan mereka terhadap kedua-dua negeri ini.

Mereka memberikan sepenuh hati dan jiwa  untuk sebuah warisan yang sangat bermakna bagi generasi masa depan. Pemilihan tempat ini juga dilakukan dengan penuh teliti tanpa memusnahkan habitat semula jadi lain yang turut sama berkongsi mendiami kawasan pendalaman ini.

 

Manor Beach Resort A Touch of Tropical Paradise


Manor Beach Resort sesuai dengan tagline mereka 'A Touch of Tropical Paradise' mengajak pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan mengambil sikap bertanggung jawab dalam memelihara dan memulihara hidupan tropika yang menjadi nadi kepada kelangsungan habitat lain.

Pengunjung berpeluang menikmati keindahan hidupan tropika bukan hanya di Manor Beach Resort, bahkan pemandangan menarik ini dapat dilihat di Pulau Perhentian yang menjadi pakej pilihan. Pulau Perhentian mempunyai dua buah pulau yang dikenali sebagai Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Pulau Perhentian juga mempunyai beberapa buah resort dan chalet seperti Perhentian Tunabay Resort, Rajawali Resort, Perhentian Island Resort, Coral View Island Resort, Paradise Island Resort, ABC Chalet dan Abdul Chalet.

 

Apa Yang Menarik Di Manor Beach Resort


Manor Beach Resort menyediakan tempat kemudahan  dan ketenangan seperti berikut.
  1. Tempat rehat yang dikelilingi tumbuhan tropika dan kolam ikan yang menenangkan.
  2. Tempat makan hidangan tempatan dan barat di Warisanku D'Manor.
  3. Bufet sarapan pagi setiap hari.
  4. Bersiar-siar ke Pulau Perhentian 'Island Hopping'.
  5. Pemandangan indah matahari terbenam di kawasan pantai.
  6. Kolam renang seisi keluarga.
  7. Ruang kemudahan pelbagai aktiviti di Dewan Sri Perdana Kalsom.
  8. Taman permainan kanak-kanak.

 

Pakej Bilik Penginapan Dan Harga Satu Malam Di Manor Beach Resort


Manor Beach Resort menyediakan pakej penginapan seperti berikut.
  • Chalet / RM250
  • Queen Bed Dormitory / RM150
  • 6-Bed Dormitory / RM300
  • Triple Deluxe / RM200
  • Twin Deluxe / RM230
  • King Deluxe / RM220
  • Honeymoon Suite / RM0 (harga tertakluk kepada jenis acara)

 

Gambaran Keseluruhan Manor Beach Resort


Tinjauan dan gambaran keseluruhan di Manor Beach Resort seperti berikut.
  • 14 Chalet yang menarik dan 18 Bilik standard
  • Kaunter pelanggan 24 jam
  • Kakitangan mesra pelanggan
  • Persisiran pantai yang ekslusif

 

Menikmati Gum Arabic Al-Manna Di Manor Beach Resort


Peluang berkumpul bersama hampir keseluruhan keluarga @gumarabicfood di Manor Beach Resort meninggalkan kenangan indah. Menjayakan program santai 'Family Fun Day' di Tanjung Demong ini merupakan hadiah cuti persekolahan bagi meraikan semua keluarga terutama anak-anak yang begitu teruja dengan tempat menarik ini.

Terdapat banyak gambar aktiviti seisi keluarga diabadikan untuk kenangan di hari akan datang. Gambar menarik ini dapat dilihat di Family Fun Day 2016 Di Manor Beach Resort.

Menikmati Gum Arabic Al-Manna di kediaman gabungan ilham seni reka Terengganu dan Melaka ini begitu menenangkan. Pakej penginapan Twin Deluxe merupakan pilihan terbaik buat team Gum Arabic Al-Manna dan saudara mara yang lain.

Kemudahan yang disediakan untuk pakej Twin Deluxe ini seperti berikut.

  • Dua buah katil
  • Almari 
  • Laci
  • Peti ais kecil
  • Televisyen
  • Penghawa dingin
  • Bilik air lengkap
  • Kolam renang
  • Parkir kenderaan berdekatan
  • Tempat makan

Membancuh Gum Arabic Al-Manna +Gum Arabic Food  bersama air mineral yang disediakan di bilik penginapan dan menikmati kesegarannya di kolam renang begitu menenangkan. Angin pantai yang lembut seolah mengulit pengunjung agar tidak bingkas bangun meninggalkan tempat ini.

Manor Beach Resort menampilkan sentuhan tropika dalam misi memupuk penjagaan alam sekitar dan pemuliharaannya. Flora dan fauna adalah hidupan semula jadi yang harus dipertahankan setiap generasi yang menerima warisan ini.

Makanan semula jadi juga datang dari tumbuhan semula jadi yang membekalkan khasiat tinggi sebai mana serbuk Gum Arabic Al-Manna yang  dikenali dengan prebiotik semula jadi. Mempunyai mineral, kalsium dan fiber yang tinggi baik untuk dijadikan makanan kesihatan.


Lokasi Manor Beach Resort

Lokasi Manor Beach Resort terletak di Tanjung Demong, Kuala Besut. Manor Beach Resort berada bersebelahan Demong Beach Resort yang lebih awal diwujudkan dan telah lama beroperasi.

Faktor utama tarikan pelancong asing dan tidak kurang juga rakyat Malaysia memilih penginapan di Manor Beach Resort adalah bertujuan untuk ke Pulau Perhentian. Pelancong yang menaiki pesawat kapal terbang akan turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Seterusnya menaiki teksi untuk ke Manor Beach Resort.

Walaupun Manor Beach Resort berada di Terengganu, jarak lapangan terbang Kota Bharu ke Manor Beach Resort hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Berbanding jarak lapangan terbang Kuala Terengganu ke Manor Beach Resort mengambil masa lebih 2 jam. Ini kerana kawasan Besut merupakan sempadan negeri Terengganu dan Kelantan dan Kota Bharu adalah lebih hampir dengan sempadan Terengganu.

Pengunjung warga asing atau warga tempatan yang ingin ke Manor Beach Resort dengan menaiki kapal terbang perlu ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota. Seterusnya menaiki teksi untuk ke Manor Beach Resort.

Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan darat biasa atau komesrsial boleh melalui Terengganu - Kuala Besut atau Kota Bharu - Tok Bali untuk ke Minor Beach Resort.


Maklumat lanjut boleh hubungi


The Manor Beach Resort
Lot 23, Tanjung Demong,
Jalan Bukit Keluang,
Kampung Kuala Besut,
22200, Kampung Besut, Terengganu, Malaysia.

For general enquiries and to make reservations, contact us at +6096950290

SALES AND EVENTS

For group and event bookings, please call +6096950290 or +60109220458

Fax : +09-6950181 


Kami di @gumarabicfood (stokis serbuk prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna) mencadangkan kepada anda untuk bercuti dan berkunjung ke Manor Beach Resort. Pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik yang boleh diadakan di sini dengan harga penginapan berpatutan. Dapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna melalui kami atau wakil kami dan bancuh sedikit ke dalam segelas air kosong atau minuman berperisa lain untuk anda merasai kesihatan yang lebih baik, Insya-Allah.

"Cuti-Cuti Malaysia Ke Manor Beach Resort"


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan